Proses Pemulihan Data
Peringkat 1 – Hantar media anda kepada Rapid Data Recovery
- Bungkus pemacu cakera ke dalam kotak dengan cermat.
- Turunmuat dan lengkapkan borang penghantaran dan sertakan bersama dengan media tersebut.
- Hantarnya melalui Kourier.
Peringkat 2 – Proses Diagnostik dan Pemulihan
- Semasa penerimaan satu ID unik akan diemelkan kepada anda dan proses diagnostik akan bermula.
- Sebaik sahaja proses diagnostik selesai, seorang ahli kumpulan sokongan pelanggan kami akan menghubungi anda dengan hasil keputusan dan satu senarai fail akan diemelkan kepada anda.
- Dalam keadaan yang jarang berlaku di mana data tidak dapat dipulihkan, kami akan mengatur supaya pemacu itu dipulangkan kepada anda dengan selamat.
Peringkat 3 – Pemulangan Data
- Data akan dipindahkan kepada media pulangan (biasanya DVD).
- Sebaik sahaja bayaran diterima data yang dipulihkan akan dipulangkan melalui penghantaran selamat pada hari berikutnya.
- Satu salinan data akan disimpan selama 7 hari untuk tujuan sekiranya ada sebarang pertanyaan, selepas itu data akan dipadamkan dan tugasan tersebut ditutup.

